Dua Jejambat Bernilai RM300 Juta Bakal Dibina Di Melaka

Diterbitkan: Selasa, 6 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan berjumlah RM300 juta bagi pembinaan jejambat di dua kawasan yang dikenal pasti lokasi kesesakan trafik dan kemalangan jalan raya di Melaka.

Lokasi berkenaan ialah persimpangan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh dan persimpangan Peringgit berhampiran Memorial Tun Ghafar Baba di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek negeri Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata pembinaan jejambat berkenaan dijangka bermula selepas proses bayaran pampasan pengambilan tanah bagi kedua-dua projek itu oleh Jabatan Kerja Raya Melaka selesai.

"Bagaimanapun difahamkan kerajaan pusat sedang mengkaji semula pemberian tender kerana harga yang ditawarkan kontraktor melalui tender terpilih adalah terlalu tinggi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen AntiKemalangan sempena sambutan Aidilfitri peringkat negeri di Plaza Tol Ayer Keroh di sini, Selasa.

Turut hadir Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye.

Abdul Ghafaar berkata dua lagi pembinaan jejambat turut diluluskan iaitu di Persimpangan Bukit Katil berhampiran Hospital Pantai dan di Persimpangan Bukit Beruang berhampiran air terjun namun masih menunggu peruntukan daripada kerajaan Persekutuan.

"Kita sentiasa memandang serius tentang isu kesesakan lalu lintas dan kemalangan jalan raya di negeri ini dan berusaha menanganinya secara berperingkat," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata lebih 100 kemalangan jalan raya dengan lima kematian direkodkan berlaku di Melaka dalam tempoh tiga hari sejak Kempen Op Selamat sempena sambutan Aidilfitri dilancarkan di negeri ini Khamis lepas.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan memberi tumpuan ketika memandu bagi mengelak kemalangan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan