DAP Tidak Akan Buat Pemilihan Semula Selagi ROS Tidak Beri Penjelasan - Guan Eng

Diterbitkan: Selasa, 6 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: DAP tidak akan mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) selagi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) tidak menjawab tuntutan parti itu yang mahukan penjelasan mengenai sebab-sebab parti perlu berbuat demikian.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata DAP tidak akan mematuhi arahan ROS tanpa sebarang alasan munasabah.

"ROS ini ingat dia Raja kah? Tak payah beri sebab langsung dan membuat pengumuman dahulu sebelum menjawab surat," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Lim berkata DAP akan hanya menerima arahan itu jika ROS memberi alasan mengapa ia tidak berpuas hati dengan penjelasan parti berhubung perjalanan CEC pada 15 Disember lepas.

Semalam Pendaftar ROS Datuk Abdul Rahman Othman dalam satu kenyataan berkata DAP seharusnya mengutamakan pelaksanaan keputusan yang dibuat oleh ROS kerana itu keputusan terbaik dan mencerminkan permintaan akar umbi DAP.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa tindakan ROS mengarahkan DAP membuat pemilihan semula CEC adalah berunsur penganiayaan dan dendam politik. "DAP juga (akan terima arahan) jika ROS jelaskan di bawah peruntukan undang-undang mana arahan pemilihan semula CEC diberikan," katanya.

Beliau berkata walaupun DAP mengakui terdapat kesilapan tetapi pemilihan CEC pada Disember lepas adalah bersih.

Katanya beliau juga akan memfailkan saman fitnah terhadap beberapa organisasi media tempatan yang dikatakan telah mengeluarkan laporan palsu terhadap DAP.

Pada 30 Julai lepas, ROS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC dan memaklumkan ia tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh parti itu berhubung isu penyelewengan undi pada pemilihan CEC dan isu manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan.

Di KUALA LUMPUR, Pengerusi DAP Karpal Singh turut menegaskan pendirian parti bahawa ia tidak dapat menerima penjelasan diberikan ROS berhubung arahan bagi diadakan semula CEC.

Beliau mendakwa ROS tidak memberikan penjelasan sewajarnya kepada DAP berkaitan ketetapan undang-undang termaktub dalam Akta Pertubuhan 1966 yang memberi kuasa kepada Abdul Rahman untuk mengeluarkan arahan itu. "ROS tidak mempunyai kuasa atau bidang kuasa untuk mengeluarkan arahan itu dan dengan itu DAP tidak dapat mematuhi arahan itu," katanya dalam kenyataan di sini.

Karpal Singh berkata DAP tidak akan mematuhi arahan itu kerana parti tidak menerima sebarang arahan bertulis mengenai perkara itu daripada Abdul Rahman dan beliau sepatutnya memaklumkan secara rasmi secara bertulis kepada parti dan bukan membuat kenyataan awam. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan