Beri Laluan Orang Muda Tanding MT Umno - Dr Hilmi

Diterbitkan: Selasa, 6 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Dr Hilmi Yahya
Datuk Dr Hilmi Yahya

BALIK PULAU: Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata golongan muda harus diberi peluang bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan 5 Oktober depan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno itu berkata Umno Pulau Pinang akan memberi sokongan kepada golongan muda kerana mereka adalah barisan pelapis.

Dr Hilmi, yang juga Ketua Umno Bahagian Balik Pulau, berkata beliau sendiri tidak akan bertanding bagi merebut sebarang jawatan dalam kepimpinan pusat parti.

"Saya pernah dua kali jadi MT dan cukuplah, saya tidak mahu bertanding lagi dan kita bagi sokongan kepada orang muda untuk bertanding," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa anjuran Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER) di sini, Isnin.

Bagaimanapun, beliau akan mempertahan jawatan Ketua Umno Bahagian Balik Pulau dan ingin mengadakan rundingan di peringkat akar umbi agar semua jawatan utama kepimpinan Umno bahagian itu tidak ditandingi.

Dr Hilmi pernah memenangi jawatan MT Umno pada 2000 dan 2003 ketika menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan