Rumah Mampu Milik Dibina ikut Permintaa Rumah Kos Rendah - MB Selangor

Diterbitkan: Isnin, 5 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kelulusan pembinaan rumah mampu milik di Selangor bergantung kepada permintaan terhadap rumah kos rendah, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya jika permintaan terhadap rumah kos rendah masih tinggi, kerajaan negeri tidak akan memberi kelulusan penuh kepada pemaju termasuk anak syarikat kerajaan negeri, untuk membina rumah mampu milik.

"Bagaimanapun jika penawaran sudah berlebihan, kita akan beri peluang kepada pemaju untuk bina rumah mampu milik menggunakan peruntukan rumah kos rendah," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri, di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai rungutan sesetengah pihak terhadap harga rumah di Selangor yang dikatakan terlalu tinggi, menyebabkan sebilangan besar rakyat, terutama yang berpendapatan rendah sukar memiliki rumah sendiri.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri menyasarkan pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik yang berharga RM150,000 sebuah di beberapa lokasi termasuk Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Sepang dan Kajang dalam tempoh lima tahun ini.

Katanya kerajaan negeri berharap pembinaan rumah terbabit dengan harga yang ditetapkan akan dapat menstabilkan harga hartanah di negeri itu. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan