Rebat PLUS Untuk Pengguna Lebuh Raya Bayar Secara Elektronik

Diterbitkan: Isnin, 5 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengguna lebuh raya PLUS akan menikmati rebat 20 peratus apabila membayar tol menggunakan sistem elektronik sempena cuti Aidilfitri dan Merdeka pada lima tarikh terpilih di semua plaza tol kecuali empat.

Rebat itu diberikan pada Isnin, esok dan pada 14, 15 dan 31 Ogos, namun tidak ditawarkan di plaza tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan jambatan Pulau Pinang, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PLUS Malaysia Berhad Datuk Noorizah Abdul Hamid.

Rebat akan diberikan kepada orang ramai yang menggunakan kad PLUSMiles, Touch'n Go atau SmartAG dan ia boleh dituntut di semua pusat khidmat pelanggan PLUS bermula 16 September hingga 15 Disember tahun ini, katanya dalam satu kenyataan.

Noorizah berkata langkah itu bagi menghargai pengguna dan menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan pantas.

Ia juga merupakan langkah untuk mengagihkan trafik dan menggalakkan orang ramai bergerak pada hari-hari di luar waktu puncak, katanya.

Noorizah berkata berdasarkan kajian ke atas trend perjalanan semasa musim perayaan sebelum ini, PLUS menjangkakan jumlah trafik di Lebuhraya Utara Selatan meningkat sebanyak 30 peratus kepada 1.4 juta kenderaan setiap hari sempena cuti Aidilfitri dan sambutan Hari Kemerdekaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan