Penurunan Saham FGVH Kerana Harga Sawit Tidak Begitu Baik - Isa

Diterbitkan: Isnin, 5 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Penurunan harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia tidak dapat dielakkan kerana beberapa faktor termasuk kejatuhan harga sawit di pasaran, kata Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Beliau berkata penurunan harga sawit memang tidak dapat dikawal kerana ia adalah kehendak pasaran.

"Buat masa ini saham FGVH memang tidak dapat dielakkan berlaku penurunan, pertama sebab kita baharu dan yang lebih dari itu ialah kerana perniagaan teras kita ialah perladangan (sawit). Hari ini harga sawit menurun dan apabila menurun, tentulah sedikit sebanyak saham FGVH terjejas.

"Penurunan saham FGVH ini akan kita alami selagi harga sawit itu tidak naik.

"Harga komoditi ini tidak menentu kerana sentiasa turun naik. Bagaimanapun, saya percaya, Insya Allah, apabila keadaan mengizinkan, bila harga sawit naik, maka saham FGVH akan turut kukuh (naik)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada 22 buah masjid daerah Port Dickson di sini, Isnin.

Sumbangan yang berupa air Zam-Zam, kurma, jubah dan kain pelikat itu diterima anggota jawatankuasa masjid berkenaan.

Mohd Isa berkata demikian ketika diminta mengulas laporan saham FGVH di Bursa Malaysia didapati semakin merosot.

Mohd Isa yang juga anggota Parlimen Jempol dan Ketua Umno Bahagian Telok Kemang berkata penurunan saham bukan sahaja dialami oleh FGVH tetapi juga oleh semua syarikat perladangan di negara ini kerana harga sawit itu turun buat masa ini.

"Sesetengah syarikat perladangan didapati sahamnya kukuh kerana selain perladangan, mereka turut terlibat dalam bidang hartanah. Kita belum melibatkan bidang itu kerana kita bergantung kepada perniagaan teras kita iaitu perladangan," katanya.

Beliau berkata bagi tujuan itu, antara langkah diambil FGVH ialah memperkukuhkan industri hiliran dari masa ke masa supaya dapat memberi pulangan yang baik.

"Projek biodiesel adalah antara industri hiliran yang dimaksudkan. Projek ini kita telah mulakan pelaksanaannya di mana kita telah membeli sebuah syarikat seperti yang telah diumumkan baru-baru ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan