Penjawat Awam Diingatkan Tidak Curi Masa Bekerja Layari Laman Sosial

Diterbitkan: Isnin, 5 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Menteri Besar Perlis Azlan Man pada Isnin mengingatkan penjawat awam di negeri itu agar tidak terlalu leka melayari laman sosial ketika bertugas sehingga mengabaikan tanggungjawab.

Katanya perbuatan itu bukan sahaja tidak amanah tetapi juga menjejaskan kualiti sistem penyampaian kerajaan negeri. Malah ada juga pihak-pihak tertentu menyalah guna laman sosial untuk menyebarkan fitnah dan ini menimbulkan keresahan awam, katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan anggota perkhidmatan awam persekutuan dan negeri, di sini. Katanya beliau sendiri pernah menjadi mangsa fitnah menerusi laman sosial yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab. "Saya terpaksa menggunakan masa untuk menjelaskan isu sebenar mengenai perkara yang telah disebarkan (secara tidak tepat)," katanya.

Azlan juga mengingatkan ketua-ketua jabatan supaya merancang lebih awal kegiatan yang mahu dilaksana tahun depan supaya mereka mempunyai peruntukan mencukupi.

Ini kerana katanya, berdasarkan tinjauan beliau ke beberapa tempat di Perlis mendapati ada kerja yang tidak dilaksana dengan sempurna atas alasan tidak cukup peruntukan.

"Setiap jabatan dan agensi akan dibekalkan dengan peruntukan yang cukup jika mereka membuat perancangan awal dan dikemukakan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan