PDRM Ambil Alih Ops Wawasan Jaga Sempadan Selepas Raya

Diterbitkan: Isnin, 5 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil alih semula kawalan keselamatan di sempadan negara daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selepas Aidilfitri ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Katanya kawalan di sempadan negara dari Perlis hingga ke Kelantan atau Ops Wawasan ketika ini diletakkan di bawah ATM dengan rondaan dilakukan bersama PDRM dan ATM di bawah Strategi Lautan Biru.

"Belum pasti lagi berapa lama (PDRM akan mengambil alih)...mungkin ambil untuk selama-lamanya. Dulu (bergilir-gilir antara ATM dan PDRM) kerana kita memerlukan PGA (Pasukan Gerakan Am) untuk berada di bandar-bandar besar terutama di negeri yang terlibat dengan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) untuk membanteras jenayah jalanan.

"Tetapi kita juga bertanggungjawab terhadap kawasan sempadan untuk kekal selamat daripada perbuatan penyeludupan dan anasir lain," katanya kepada pemberita hari ini selepas mengunjungi Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir di pejabat Menteri Besar Kedah di sini.

Katanya pihaknya memang memberi perhatian terhadap segala aktiviti penyeludupan dan aktiviti merentasi sempadan oleh mereka yang sedang mereka perhatikan dan mereka yang terlibat dengan penyeludupan manusia.

"Bila menjelang raya pula ada penyeludupan mercun dan bunga api. Ini semua kami akan teliti dengan lebih rapi," katanya.

Mengenai kunjungan itu, Khalid berkata beliau memberikan taklimat kepada Menteri Besar Kedah itu berkenaan kedudukan keselamatan negeri ini memandangkan ia merupakan negeri yang bersempadan dengan negara jiran. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan