MP Masjid Tanah Tawar Diri Tanding Ketua Puteri Umno

Diterbitkan: Isnin, 5 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Ketua Pergerakan Puteri Umno Melaka, Mas Ermieyati Samsudin, 37, menawarkan diri bertanding bagi jawatan Ketua Puteri pada pemilihan parti kali ini, jawatan yang dikosong penyandangnya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata, langkah itu diambil selepas mendapat maklum balas serta sokongan yang baik anggota dan sahabat puteri dari seluruh negara.

"Saya berharap berdasarkan pengalaman saya dalam Puteri selama tiga penggal sebagai Ketua Puteri Umno negeri, dan menjadi Exco selama dua penggal serta berada dalam kepimpinan tiga puteri yang berbeza sebelum ini, akan menjadi nilai tambah dan sokongan buat anggota puteri," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Mas Ermieyati, yang juga seorang peguam serta Anggota Parlimen Masjid Tanah setelah memenanginya pada pilihan raya umum Mei lepas, berkata beliau akan bekerja keras bagi mendapat sokongan anggota Puteri bagi meneruskan kesinambungan pemimpin sebelum ini.

"Saya juga telahpun menyampaikan hasrat saya ini kepada Rosnah, dan Timbalan Menteri Kerja Raya itu menasihatkan agar saya bertanding secara sihat," katanya.

Rosnah tidak mempertahan jawatan Ketua Puteri kerana mencapai had umur selepas menerajui kepimpinan sayap itu selama lima tahun. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan