Malaysia Mampu Jadi Pusat Percetakan Al - Quran Kedua Terbesar di Dunia - PM

Diterbitkan: Isnin, 5 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan keyakinan bahawa Malaysia mampu menjadi pusat percetakan al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi dengan penubuhan Pusat Percetakan Al-Quran Mushaf di ibu negara.

Perdana Menteri berkata pusat percetakan itu adalah hasil kerjasama Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan Yayasan Restu. "Saya dengan besar hatinya terpanggil untuk menyatakan kesyukuran atas keprihatinan Yayasan Restu yang mencetuskan idea untuk menubuhkan pusat percetakan mushaf al-Quran bersepadu di negara ini.

"Penggabungan antara Yayasan Restu dan PNMB ini saya yakin dapat menjayakan hasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat percetakan al-Quran kedua terbesar di dunia," katanya dalam ucapan pelancaran Pusat Pencetakan al-Quran Mushaf Malaysia di ibu pejabat PNMB, Jalan Chan Sow Lin di sini, Isnin.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang juga Pemegang Amanah Yayasan Restu.

Najib berkata pelancaran pusat percetakan itu juga boleh dianggap sebagai manifestasi kegigihan kerajaan dalam usaha meninggikan syiar Islam tanpa mengenal jemu dan penat. "Sepertimana yang kita sedia maklum, al-Quran adalah satu-satunya mukjizat yang masih kekal di tangan umat Islam hingga ke hari ini. Marilah kita menzahirkan kesyukuran dan berbangga kerana masih diberi nikmat 'kemanisan beriman' dengan kitab suci al-Quran ini," katanya.

Beliau turut mengajak umat Islam menjadikan generasi sekarang sebagai generasi al-Quran dengan menghayati dan menerokai kandungan kitab suci al-Quran dengan membaca serta memahami ayat demi ayat.

"Jadikanlah pembacaan al-Quran itu sebagai budaya kita, mudah-mudahan kita akan memperolehi keberkatan dan petunjuk," katanya.

Najib berkata walaupun proses percetakan al-Quran tidak jauh berbeza dengan proses percetakan buku-buku lain, namun ia memerlukan ketelitian dan kepakaran peringkat tertinggi.

"Ini sangat penting untuk menghindari kesalahan cetak. Perlu diingat bahawa al-Quran adalah kitab suci yang dijamin keasliannya," katanya.

Pada zaman ini berjuta-juta naskhah al-Quran dicetak sehingga tidak mungkin al-Quran itu hilang sama sekali di dunia, malah bacaan ayat al-Quran dapat didengar melalui alat rakaman, komputer dan telefon bimbit, kata Najib.

Beliau berkata mushaf al-Quran kini dihasilkan dengan cantik, kemas dan mesra pengguna bertujuan untuk menarik minat umat Islam untuk memiliki dan membacanya. Tabiat manusia memang meminati sesuatu yang cantik dan indah. Oleh sebab itu, penulis-penulis di zaman silam mencipta pelbagai jenis khat untuk mengindahkan lagi tulisan ayat-ayat suci al-Quran," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan