Lebih 1,000 Beri Penghormatan Terakhir Kepada Chua Boon Huat

Diterbitkan: Isnin, 5 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ratusan keluarga, rakan serta peminat pemain hoki negara, mendiang Chua Boon Huat hadir ketika penghormatan terakhir sebelum pembakaran mayat mendiang di rumahnya di Semabok di Melaka pada Isnin.
Ratusan keluarga, rakan serta peminat pemain hoki negara, mendiang Chua Boon Huat hadir ketika penghormatan terakhir sebelum pembakaran mayat mendiang di rumahnya di Semabok di Melaka pada Isnin.

MELAKA: Mayat pemain hoki kebangsaan Chua Boon Huat yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong berhampiran stesen LRT Kelana Jaya, di ibu negara Khamis lepas, dibakar di Melaka Memorial Park di sini, Isnin.

Upacara pukul 3.30 petang itu dihadiri lebih 1,000 orang merangkumi anggota keluarga, rakan-rakan, rakan sepasukan, atlet negara, serta peminat mendiang.

Antara yang hadir ialah ketua jurulatih skuad hoki negara Paul Revington dan pembantu jurulatih Arul Selvaraj; bekas jurulatih hoki negara Tai Beng Hai, Steven Stephen Van Huizen; bekas pemain hoki kebangsaan Nur Saiful Zaini Nasiruddin serta bekas ketua pasukan bola sepak negara Datuk Soh Chin Aun.

Peminat dan rakan mendiang dilihat memakai baju-T berwarna hitam yang bertulis "We Love Chua Boon Huat" pada bahagian hadapan dan nombor 3 di bahagian belakang baju itu. Abu mendiang akan ditempatkan di Tokong Seck Kia Eenh di Gajah Berang di sini.

Terdahulu, mayat mendiang Chua diberi penghormatan terakhir di kediaman keluarganya di Semabok Perdana di sini, sebelum kerandanya yang diselubung dengan bendera Malaysia diusung secara bergilir oleh rakan dan atlet negara ke kenderaan untuk dibawa ke Melaka Memorial Park.

Revington ketika menyampaikan eulogi pada upacara itu menyifatkan mendiang sebagai seorang pemain hoki yang tangkas dan berbakat besar.

"Mendiang adalah pemain bertaraf dunia dan seorang yang berdiri teguh untuk semua... kami akan merindui rambut panjang beliau dan ikatan ekor kudanya," katanya.

Beliau berkata mendiang juga sentiasa memberi sepenuh komitmen ketika beraksi bagi membantu skuad negara memperoleh kejayaan di padang.

Katanya Chua akan dikenang selamanya sebagai ikon dan hero hoki Malaysia. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan