Latheefa Dakwa Komen Terhadap Pelatih Anjing Berniat Jahat

Diterbitkan: Isnin, 5 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Latheefa Koya.
Latheefa Koya.

PETALING JAYA: Seorang peguam kepada pelatih anjing Maznah Mohd Yusof mengkritik seorang timbalan menteri yang mengatakan bahawa dia "lemah akhlak" dan "memerlukan pemulihan."

Latheefa Koya berkata, kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari bersifat prejudis kepada hak-hak undang-undang Maznah sebagai individu yang disiasat.

Jailani dipetik sebagai berkata bahawa Maznah memerlukan pemulihan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana lemah akhlaknya.

Maznah, juga dikenali sebagai Chetz, mendapat perhatian di kalangan media sosial selepas video dia menyambut Hari Raya bersama anjing-anjingnya, yang dibuat tiga tahun lalu, telah dimuat naik ke YouTube pada minggu lepas.

Beliau ditahan pada Rabu lalu dan dibawa ke Segamat sebelum dibebaskan dengan bon mahkamah pada Jumaat.

Latheefa berkata kenyataan Jailani adalah "berniat jahat, tidak berasas dan prejudis kepada hak-hak undang-undang Chetz Yusof."

"Kami terkejut bahawa Kementerian telah membuat serangan ke atas kelakuan dan moral orang awam secara peribadi," katanya dalam satu kenyataan bersama dengan seorang lagi peguam, N Surendran.

"Ini semangat yang tiada toleransi dan ketaksuban tidak boleh diterima," kata mereka.

Sementara itu, Latheefa berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Maznah tidak lama lagi untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan undang-undang.

Beliau berkata, keadaan Maznah baik cuma kepenatan kerana kejadian yang berlaku pada minggu lepas.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan