Isu Susu: Pengguna Boleh Adu Kepada Tribunal - Hasan Malek

Diterbitkan: Isnin, 5 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengguna yang terbabit dalam isu produk susu ditarik balik boleh membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek.

"Pengguna mempunyai hak untuk mengadukan sebarang masalah kepada TTPM," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad, di sini malam Isnin.

Katanya TTPM akan meneliti serta menjalankan siasatan terhadap semua aduan dan akan membuat keputusan mengenai langkah yang boleh diambil oleh pihak berkenaan.

Pada Ahad, Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd menarik balik keluaran terhad Dumex Dupro, Mamex Cherish, Mamex Explore dan Bebelac sebagai langkah berjaga-jaga selepas pihak berkuasa New Zealand mengeluarkan amaran mengenai 'whey protein concentrate' (WPC) dalam produk Fonterra kerana disyaki dicemari dengan 'Clostridium botulinum' yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan