Aliran Trafik Dari Ibu Kota Ke Utara, Selatan Masih Terkawal - Berita Semasa | mStar

Aliran Trafik Dari Ibu Kota Ke Utara, Selatan Masih Terkawal

Diterbitkan: Isnin, 5 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik dari ibu negara ke arah utara dan selatan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan masih terkawal setakat 9 malam Isnin, meskipun terdapat peningkatan jumlah kenderaan.

Jurucakap Plusline, ketika dihubungi Bernama, berkata bagaimanapun, jalan di Sri Petaling menghala ke Lingkaran Tengah 2 (MRR2) mulai sesak berikutan orang ramai yang mula balik ke kampung masing-masing. "Bagaimanapun, di Plaza Tol Gombak masih lancar," katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata pihaknya menjangka trafik mulai sesak pada Rabu ini berikutan orang ramai berpusu-pusu menggunakan lebuh raya bagi meraikan Aidilfitri.

Beliau berkata kenderaan berat dilarang memasuki lebuh raya pada 6 dan 7 Ogos serta 17 dan 18 Ogos bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila hubungi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 atau talian LLM 1800-88-7752 atau layari www.twitter.com/plustrafik atau www.twitter.com/llminfotrafik. -BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan