Pemilihan MIC: Saya Akan Putuskan Pada Waktu Sesuai - Dr Subramaniam

Diterbitkan: Ahad, 4 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr S. Subramaniam.
Dr S. Subramaniam.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam akan memutuskan jawatan yang akan ditandinginya pada pemilihan parti akan datang, pada waktu yang sesuai.

"Ia akan menjadi keputusan peribadi saya di berdasarkan keperluan masyarakat India. Ia bukan kerana tekanan atau ancaman daripada sesiapa," katanya dalam satu kenyataan kepada The Star.

Ini adalah kali pertama bagi Dr Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, membuat satu kenyataan berikutan laporan bahawa beliau mungkin bertanding untuk jawatan presiden pada September ini.

Beliau juga mengulas laporan media di mana beberapa pemimpin negara dan negeri telah meminta Dr Subramaniam mengumumkan mengenai hasratnya itu.

Pencalonan bagi jawatan presiden MIC telah ditetapkan untuk 1 September, dengan pengundian dijadualkan pada 22 September.

Presiden parti, Datuk Seri G. Palanivel telah menyatakan bahawa beliau akan bertanding jawatan itu dan akan memegangnya untuk selama tiga tahun panjang sahaja.

Dr Subramaniam berkata, beliau mengadakan pertemuan dengan pengerusi bahagian di negeri-negeri untuk membincangkan masalah dan cara-cara untuk mengatasi mereka di peringkat akar umbi.

"Saya telah berkata bahawa mesyuarat ini tidak merundingkan tentang politik saya. Saya kecewa bahawa sesetengah pihak telah mengkritik mesyuarat berkenaan," katanya.

Beliau berkata, terdapat perbezaan pandangan daripada penyokongnya, dengan beberapa pihak mendakwa terdapat satu pertandingan untuk jawatan tertinggi yang akan melemahkan dan menyebabkan perpecahan dalam parti, sementara yang lain merasakan bahawa kepimpinan baru akan membawa perubahan dan memperkukuhkan parti.

Dr Subramaniam berkata, kumpulan lain mendakwa bahawa pertandingan harus dielakkan, kerana ia akan meletakkan parti itu dalam keadaan yang kurang baik dan tidak akan memanfaatkan masyarakat India.

"Saya akan mengkaji semua pandangan yang diberikan oleh rakyat dan penyokong saya dan membuat keputusan pada masa yang sesuai. Saya akan mengambil kira masa depan parti dan masyarakat.

"Keputusan itu tidak akan kerana kepentingan peribadi saya," katanya.

Dr Subramaniam juga menggesa para pemimpin untuk tidak membuat kenyataan-kenyataan yang tidak bersesuaian mengenai jawatan presiden dan timbalan presiden supaya tidak mengelirukan ahli-ahli parti.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan