Kukuhkan Perpaduan Untuk Muncul Bangsa Berjaya - PM

Diterbitkan: Ahad, 4 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Umat Islam di negara ini perlu mencari titik persamaan sekalipun berbeza ideologi politik, bagi mengukuhkan perpaduan, lantas mampu muncul sebagai umat yang berjaya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam menghadapi cabaran dari dalam dan luar, umat Islam perlu bersatu agar tidak mudah diganggu-gugat pihak tertentu.

"Kalau boleh, kita mahu umat Islam negara ini menjadi contoh kepada negara Islam lain. Kita tidak berdepan konflik seperti negara Islam lain dan ini adalah hasil prinsip Islam sebenar yang kita amalkan.

"Setakat ini, ada 12 negara Islam lain di seluruh dunia yang berdepan dengan pelbagai konflik hingga mengakibatkan masa depan rakyatnya kelam.

"Perkara ini amat berbeza dengan rakyat negara ini, kita mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah dan ini perlu dipertahankan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas menunaikan solat Isyak dan Tarawih bersama penduduk di Masjid Kampung Ganchong Hulu, dekat sini malam Ahad.

Pada majlis itu juga, Najib menyampaikan sumbangan hari raya kepada 71 penerima terdiri daripada golongan warga emas, miskin dan ibu tunggal dari Kampung Ganchong Hulu, Kampung Ganchong Tengah dan Kampung Kiambang.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Ishak Muhammad dan Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Manis, Khairuddin Mahmud. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan