Amaran Angin Kencang Di Johor Timur, Pahang Dan Sarawak - Berita Semasa | mStar

Amaran Angin Kencang Di Johor Timur, Pahang Dan Sarawak

Diterbitkan: Ahad, 4 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan angin kencang yang melanda perairan Johor Timur, Pahang serta Kudat dan Sandakan di Sabah serta Sulu dijangka berterusan sehingga lewat petang Ahad.

Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi laman sesawangnya melaporkan keadaan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam itu menyebabkan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Sementara itu, keadaan angin kencang barat daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dan ombak setinggi hingga 4.5 meter yang melanda perairan Phuket, Thailand diramal berterusan sehingga Jumaat ini.

Jabatan itu turut meramalkan keadaan angin kencang barat daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dan ombak setinggi hingga 3.5 meter melanda perairan Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan, perkhidmatan feri, bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Sementara dalam kemas kini terbaharu laporan menerusi laman sesawangnya, jabatan itu meramalkan keadaan ribut petir dan hujan lebat yang berlaku di Johor dan Sabah dijangka berterusan sehingga lewat petang ini.

Keadaan itu melibatkan kawasan Kota Tinggi di Johor dan Sandakan, Tawau serta Kudat di Sabah.

Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan