Tempoh Mohon Permit Pekerja Asing 14 Hari - Berita Semasa | mStar

Tempoh Mohon Permit Pekerja Asing 14 Hari

Diterbitkan: Sabtu, 3 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tempoh permohonan permit untuk pekerja asing dalam bidang pembinaan ialah 14 hari dan bukan lapan bulan seperti yang didakwa Master Builders Association Malaysia (MBAM), menurut Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad.

Beliau berkata pihaknya telah menambah pegawai di bahagian Visa dan Rujukan (VDR) serta bekerja lebih masa untuk memastikan proses permohonan permit dan visa ini tidak mengambil masa yang lama.

"Jika MBAM mendakwa ia lebih lama, mereka boleh berjumpa dengan pihak Imigresen dan membawa bukti serta dokumen berkaitan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Alias menyangkal dakwaan MBAM bahawa proses permohonan visa dan permit pekerja asing dalam bidang pembinaan mengambil masa sekurang-kurangnya lapan bulan.

Semakan Bernama ke beberapa syarikat pembinaan tempatan menunjukkan proses permohonan visa, permit dan pembaharuan permit kerja pekerja asing mengambil masa kurang daripada dua bulan.

Sementara itu, pada sidang akhbar di ibu pejabatnya di sini, Presiden MBAM Matthew mendakwa proses lama untuk permohonan visa dan permit itu menyebabkan industri kehilangan tenaga manusia dan kewangan.

"Terdapat beberapa proses yang melibatkan sekurang-kurangnya tiga kementerian - Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri dan Menteri Kerja Raya," katannya.

"Jika permohonan kami untuk mendapatkan pekerja diterima, kami harus melalui Kementerian Dalam Negeri untuk menyerahkan permohonan permit kerja pekerja asing untuk mendapatkan kebenaran sebelum meneruskan tindakan untuk memilih pekerja daripada ejen di negara asing dan menghantar permohonan dengan profil pekerja ke Jabatan Imigresen untuk visa dan permit," katanya.

Proses seterusnya ialah untuk memastikan pekerja mempunyai insurans perubatan, melalui pemeriksaan perubatan, dibayar levi dan sebagainya yang dibayar majikan sebelum dibenarkan bekerja.

Matthew berkata MBAM mahu mencadangkan kerajaan mewujudkan satu pusat sehenti untuk semua proses permohonan ini bagi memudah dan mempercepatkan kelulusan.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan