Produk Tidak Tercemar Dengan Botulisme - Fonterra Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 3 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Fonterra Malaysia menegaskan semua produk keluaran syarikat berkenaan yang dipasarkan di negara ini, termasuk Anmum, Anlene and Anchor/Fernleaf, tidak terjejas dengan botulisme yang telah ditarik balik daripada pasaran oleh syarikat tenusu keluaran New Zealand.

Kementerian Kesihatan dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung isu berkenaan dalam tempoh terdekat.

Berikut adalah kenyataan penuh Fonterra Malaysia:

Fonterra hari ini (Sabtu, 3 Ogos, 2013) mengesahkan semua produk pengguna keluaran Fonterra di Malaysia termasuk Anmum, Anlene and Anchor/Fernleaf, tidak terjejas dengan isu kualiti yang diumumkan oleh syarikat pengendalinya pada 3 Ogos 2013.

Fonterra memberi jaminan kepada pengguna di seluruh dunia termasuk Australia, Asia, China, Amerika Latin, New Zealand dan Timur Tengah bahawa tiada produk pengguna di negara tersebut tercemar dengan asid protein (WPC80).

Difahamkan semua produk keluaran Fonterra di Malaysia termasuk Anmum, Anlene and Anchor/Fernleaf juga selamat untuk digunakan.

Pengarah Urusan Fonterra Malaysia, David Ross berkata: "Semua pengguna produk kami di Malaysia tidak terjejas dengan isu ini dan semua produk kami selamat untuk digunakan."

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan