Pertambahan Anggota Polis & Teknologi Baru Bukan Penyelesaian Kes Tembak

Diterbitkan: Sabtu, 3 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Meningkatkan bilangan anggota polis dan mempertimbangkan pembelian peralatan baharu seperti litar kamera tertutup (CCTV) sahaja, tidak akan menyelesaikan kes jenayah berat membabitkan senjata api di negara ini.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata ini kerana keutamaan terlebih dahulu harus diberi kepada usaha memperketatkan pengawasan di sempadan.

"Kita lihat bajet untuk menambahkan bilangan anggota polis dan kemudahan anggota-anggota itu banyak diberikan oleh kerajaan sebelum ini, namun jenayah berat seperti tembak-menembak tetap juga berlaku. "Ia menunjukkan ada ruang yang perlu diperbaiki dan sebagai contoh pembelian senjata api dari negara jiran bagaimana ia boleh lolos ke negara ini...kita kena fikir juga bagi mempertingkatkan usaha membanteras," katanya kepada pemberita sebagai mengulas kejadian tembak yang sering dilapor kebelakangan ini termasuk melibatkan individu berprofil tinggi.

Isnin lepas lepas, Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di ibu negara.

Kejadian itu berlaku dua hari selepas aktivis antijenayah yang juga Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.

Mohd Azmi berkata seperti negara luar, polis di negara ini juga perlu mengamalkan konsep 'deterence' (cegah lintang) kerana kaedah konvensional yang dipraktikkan mereka dalam mencegah jenayah kini tidak lagi berkesan memerangi isu itu.

"Di Malaysia, polisi polis untuk membendung kes tembak tidak begitu proaktif, mereka seharusnya lebih matang dan berfikir ke arah 'deterence' kerana deterence ialah konsep yang boleh menakutkan penjenayah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan