Perkhidmatan Komuter Kembali Pulih, Beroperasi Sejak Awal Pagi Tadi - Berita Semasa | mStar

Perkhidmatan Komuter Kembali Pulih, Beroperasi Sejak Awal Pagi Tadi

Diterbitkan: Sabtu, 3 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan KTM Komuter yang tergendala selama kira-kira tiga jam akibat masalah teknikal pada Jumaat, kembali pulih dan beroperasi seperti biasa bagi semua destinasi bermula awal pagi Sabtu.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ketika dihubungi Bernama berkata kerja membaik pulih selesai dijalankan, namun staf KTMB sentiasa bersiap sedia sepanjang masa sekiranya berkemungkinan masalah itu berulang.

Operasi tren komuter itu tergendala pada 7.20 petang hingga 11.20 malam selepas berlaku masalah teknikal di Km389 laluan Kuala Lumpur Sentral.

KTMB memohon maaf kepada semua penumpang atas kesulitan yang dialami. Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di 1-300-88-5862. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan