Nazri Aziz Bimbang Jenayah Tembak Jejas Sektor Pelancongan

Diterbitkan: Sabtu, 3 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada Sabtu meluahkan kebimbangan kejadian jenayah tembak yang berleluasa kebelakangan ini akan menjejaskan kehadiran pelancong.

Katanya walaupun setakat Jun lepas kedatangan pelancong meningkat sembilan peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, penyebaran berita mengenai kes jenayah tembak mampu memberi kesan langsung kepada ketibaan pelawat ke negara ini.

Bagi memastikan perkara ini tidak berlaku, kementerian akan terus memainkan peranan secara agresif dalam mempromosikan dan meyakinkan pelancong bahawa keadaan adalah terkawal, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ihsan Ramadan dan Aidilfitri bagi kawasan Parlimen Padang Rengas, di sini Sabtu.

Menurut Mohamed Nazri yang juga Anggota Parlimen Padang Rengas, ketibaan pelancong sedikit terjejas ketika negara ini dilanda jerebu baru-baru ini.

Sementara itu, mengulas tajuk berita akhbar Singapura, The New Paper 'Welcome to Malaysia where... Death is Cheap and Staying Alive Costly,' Mohamed Nazri menganggap tajuk berita itu suatu yang adil.

"Ini bukan suatu yang memburukkan kita, kerana Singapura juga pakejkan pelancong mereka dengan selatan Johor seperti Legoland dan Hello Kitty. Kalau mereka kata jangan datang ke Johor, pelancong pun tidak akan pergi ke Singapura.

"Kalau mereka sengaja kata Malaysia bahaya, ia juga akan menjejaskan pelancongan negara mereka," katanya.

Tajuk berita itu yang antara lain bermaksud di Malaysia nilai nyawa manusia murah dan kos untuk terus hidup dengan selamat pula tinggi dengan tajuk kecil dan gambar warga Singapura berstatus Pemastautin Tetap yang cedera ditembak kini berbelanja $3,200 sebulan untuk pengawal peribadi, dipapar akhbar berkenaan pada Rabu lepas.

Mengenai langkah Jabatan Imigresen memendekkan tempoh visa semasa ketibaan (VOA) untuk rakyat dari negara tertentu kepada 14 hari, Mohamed Nazri berkata usaha itu diambil demi keselamatan negara.

Beliau berkata tempoh yang singkat itu memudahkan pergerakan rakyat asing di negara ini dikesan berbanding dengan tempoh 90 hari.

Jumaat lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata tempoh bagi VOA dipendekkan kepada 14 hari berbanding 90 hari untuk rakyat dari negara tertentu yang sering kali menjadikan Malaysia sebagai negara transit untuk menetap secara haram di Australia. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan