Musa Pilihan Tepat Untuk Jawatan Naib Presiden Umno - Salleh

Diterbitkan: Sabtu, 3 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman adalah pilihan tepat dari negeri ini untuk bertanding satu daripada tiga kerusi naib presiden pada pemilihan parti akan datang, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Salleh berkata Musa, yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah dan pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, merupakan pemimpin berwawasan dan berpengalaman serta memiliki kualiti kepimpinan baik.

Beliau berkata Umno Sabah berdiri teguh di belakang Ketua Menteri "jika beliau memutuskan untuk bertanding jawatan naib presiden Umno".

"Tetapi, Musa ialah seorang ahli politik yang tidak suka menonjolkan diri. Beliau seorang pekerja parti yang komited dan menunaikan janji yang beliau buat, tidak seperti sesetengah pemimpin yang hanya bermain politik dan mewujudkan 'kumpulan mereka sendiri'," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan sekumpuan pemimpin akar umbi Umno di kediamannya di Likas, dekat sini, Sabtu.

Pada pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini, BN Sabah, diterajui Musa, mengekalkan kuasa di negeri ini dengan majoriti dua pertiga dengan memenangi 48 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri.

BN negeri juga memenangi 22 daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah untuk menyumbang kepada pembentukan kerajaan BN di peringkat persekutuan.

Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri berkata Umno Sabah tidak menyasarkan jawatan lebih tinggi dalam parti.

"Apa yang kami mahu ialah pucuk pimpinan mengiktiraf perjuangan kami atau keunikan situasi politik di Sabah.

"Kami mahu membawa pembangunan kepada rakyat kami dan kami mahu lebih banyak desentralisasi dan kuasa perwakilan kepada kerajaan negeri diketuai Umno. "Inilah yang diperjuangkan oleh rakyat Sabah. Apa juga dana yang ada perlu disalurkan kepada kerajaan negeri. Kami telah merdeka selama 50 tahun dan berupaya melaksanakan pembangunan di Sabah," katanya.

Salleh baru-baru ini menggesa kerajaan Persekutuan menyelaraskan sistem peruntukan infrastruktur luar bandar untuk Sabah, melalui penyaluran dana persekutuan secara terus kepada kerajaan negeri untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan projek, khususnya empat komponen projek kemajuan luar bandar.

Projek itu ialah Jalan Raya Luar Bandar, Bekalan Air Luar Bandar, Bekalan Elektrik Luar Bandar dan Program Bantuan Rumah.

-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Kolumnis

iklan

Iklan