Majoriti Pelajar Malaysia di Mesir Pulang ke Tanah Air - Idris

Diterbitkan: Sabtu, 3 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Majoriti daripada sejumlah 11,400 pelajar Malaysia yang berada di Mesir sudah pulang ke tanah air bagi menyambut Aidilfitri, kata Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya, sebilangan kecil yang masih tinggal terdiri daripada mereka yang membuat keputusan untuk tidak pulang kerana meneruskan pengajian di sana.

"Mereka dilaporkan dalam keadaan selamat walaupun keadaan di Mesir masih bergolak ekoran tunjuk perasaan secara besar-besaran yang dilakukan penyokong Presiden Mesir, Dr Muhammad Mursi yang digulingkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan ziarah penduduk miskin di sekitar Hulu Besut di sini, Sabtu.

Idris juga berharap ibu bapa pelajar tidak berasa bmbang kerana setiap perkembangan yang berlaku di Mesir akan sentiasa dimaklumkan oleh Kedutaan Malaysia di Mesir dari masa ke semasa.

Sehubungan cuti sekolah yang panjang di kampung, beliau berharap para pendidik boleh membantu Kementerian Pelajaran untuk menguar-uarkan tranformasi yang sedang dilakukan dalam pendidikan dengan memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Katanya, guru perlu menerangkan dengan sejelas-jelasnya kepada penduduk mengenai PPPM agar pandangan negatif beberapa pihak mengenainya dapat diselesaikan melalui penjelasan golongan pendidik. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan