Kenyataan Muhyiddin Mengenai Video Pelatih Anjing Disalah Petik - Berita Semasa | mStar

Kenyataan Muhyiddin Mengenai Video Pelatih Anjing Disalah Petik

Diterbitkan: Sabtu, 3 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak merujuk secara khusus kepada sebuah klip video dalam laman YouTube bertajuk '1 Hari di Hari Raya' ketika membuat peringatan supaya tidak ada mana-mana pihak terus menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.

Timbalan Perdana Menteri dalam kenyataannya Selasa lepas hanya membuat kenyataan secara umum.

Bernama dalam laporan sebelum ini mengatakan bahawa peringatan Muhyiddin itu merujuk kepada klip video yang memaparkan seorang individu membasuh tangan dan kakinya seperti mengambil wuduk dan kemudian melakukan perkara yang sama kepada tiga ekor anjing.

Muhyiddin juga dalam ucapannya pada majlis berbuka puasa bersama Anak-Anak Rumah Amal Kasih Bestari di Putrajaya tidak menyebut secara khusus bahawa orang bukan Islam telah memperlekehkan dan mempersendakan agama Islam seperti dipetik laporan yang sama.

Beliau menggunakan perkataan "sesetengah pihak telah memperlekehkan dan mempersendakan agama kita" sejak akhir-akhir ini dan berharap ia tidak berlarutan sehingga mencetuskan ketegangan seperti berlaku di negara Islam lain. -BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan