Jalan Pan Borneo Ragut Dua Lagi Nyawa Hari Ini

Diterbitkan: Sabtu, 3 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Jalan Pan Borneo pada Sabtu meragut dua lagi nyawa menjadikan angka korban akibat kemalangan di situ meningkat kepada 10 orang dalam tempoh tidak sampai sebulan.

Dalam nahas yang berlaku di Km 57, Anthony Wong Siow Wei, 28 dan Ling Lee Chen, 26, maut di tempat kejadian selepas kereta Proton Iswara yang dinaiki bertembung dengan sebuah Perodua Viva pada pukul 6.40 pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mat Jusoh Mohamed yang mengesahkan kejadian, berkata kedua-dua pemandu Ling Tai Hung, 24 dan Nora Karu, 40 serta seorang lagi penumpang kereta Proton Iswara, Stephanie Ting Xiang, 20, cedera parah.

Siasatan awal mendapati Proton Iswara yang menghala ke Sri Aman hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta Perodua Viva yang dipandu Nora, katanya ketika dihubungi.

Khamis lepas, empat pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia termasuk Penolong Pengarah Ibrahim Hailee, maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki bertembung dengan lori balak di Km 48 jalan berkenaan.

Pada 10 Julai lepas, empat warga Indonesia terbunuh dalam nahas membabitkan MPV dan sebuah trak di Km 56 jalan itu. MPV yang terbakar akibat kemalangan berkenaan menyebabkan tiga daripada mangsa yang terperangkap, rentung. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan