Jakim Disaran Bimbing, Pulih Akhlak Chetz- Jailani

Diterbitkan: Sabtu, 3 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HULU TERENGGANU: Kementerian Komunikasi dan Multimedia mencadangkan agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil peluang membimbing dan memulihkan akhlak Maznah Mohd Yusof, 38, atau dikenali Chetz yang kini menjadi kritikan ekoran video pemaparan dirinya bersama tiga ekor anjing di YouTube baru-baru ini.

Timbalan Menterinya Datuk Jailani Johari berkata Jakim boleh mengambil peluang sementara proses siasatan sedang berjalan ke atas Chetz yang merupakan bekas pelajar luar negara.

"Mungkin dalam masa terdekat ini, Jakim boleh mencuba satu program bagaimana hendak membimbing dan memulihkan kembali akhlak Chetz.

"Kita tahu antara sekarang hingga satu tempoh walaupun Chetz dilepaskan, beliau mungkin dipanggil pada bila-bila masa untuk siasatan dan sebagainya, tetapi antara proses dilepaskan itu apakah yang boleh Jakim lakukan bagi membentuk balik peribadi dan akhlaknya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada program Karisma Ramadan Tadarus al-Quran peringkat Parlimen Hulu Terengganu di sini, Sabtu.

Seramai 200 wanita mengambil bahagian dalam program satu hari tersebut yang berlangsung di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang di sini.

Pada Jumaat, Jakim memutuskan klip video 1 Hari Di Hari Raya' yang disebarkan di laman sosial itu adalah perbuatan menghina Islam dan akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai perkara itu.

Menurut Jailani, Jakim perlu mengadakan program bimbingan terhadap pelajar Malaysia di luar negara agar perkara sedemikian tidak berulang.

Katanya, beliau percaya pihak SKMM dapat menyelesaikan siasatan mengenai perkara itu dan akan mengemukakan kertas siasatan kepada Peguam Negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan