Bot Bawa 44 Warga Indonesia Karam Dipukul Ombak Kuat

Diterbitkan: Sabtu, 3 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Empat mangsa yang terselamat dalam insiden bot karam di Tanjung Sedili.
Empat mangsa yang terselamat dalam insiden bot karam di Tanjung Sedili.

KOTA TINGGI: Sebuah bot pancung membawa 44 warga Indonesia yang dalam perjalanan balik ke negara mereka untuk Hari Raya karam selepas dipukul ombak kuat dekat Sedili Besar.

Beberapa nelayan dan pihak berkuasa berjaya menyelamatkan empat daripada mangsa selepas mereka hanyut di lautan selama 15 jam.

Sementara itu, 40 lagi masih hilang.

Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) daerah Tanjung Sedili, Komander Amran Daud pada Sabtu berkata, bot itu dalam perjalanan ke Batam, Indonesia sebelum karam akibat dipukul ombak kuat di 12.7 batu nautika dari Tanjung Siang, Sedili Besar di sini kira-kira pukul 10 malam Khamis.

Beliau berkata, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) meneruskan kerja mencari dan menyelamat awal pagi Sabtu untuk mengesan mangsa yang masih hilang.

Mangsa yang terselamat berusia antara 26 hingga 31 tahun itu dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan