Anak Lelaki Hussain Najadi Diminta Tampil Bantu Siasatan - Polis

Diterbitkan: Sabtu, 3 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis meminta anak lelaki pengasas kumpulan perbankan Arab Malaysia, Hussain Ahmad Najadi, untuk datang ke negara ini bagi membantu siasatan berhubung kematian bapanya, yang ditembak mati, Isnin lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata Pascal Najadi, yang kini berada di Rusia, tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan, dakwaan atau penafian di mana-mana medium mengenai kematian bapanya.

"Jadi kita minta dia datang ke negara ini tampil beri maklumat. Itu lebih baik.

"Bila dia tidak berada di negara ini, dia tak tahu apa yang terjadi," katanya selepas menyertai kempen Op Selamat dan lawatan tinjauan mesra di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini malam Jumaat.

Isnin lalu, Hussain Ahmad, 75, terbunuh sementara isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir selepas meninggalkan sebuah tokong di Lorong Ceylon di sini.

Pascal Najadi pada Jumaat dilaporkan berkata bahawa pembunuhan bapanya bukan disebabkan kegagalan urusan hartanah, tetapi telah dirancang lebih awal.

Beliau juga dilaporkan berkata bahawa beliau tidak akan datang ke Malaysia sehingga suspek yang membunuh bapanya ditangkap.

Sementara itu, Mohmad berkata polis percaya suspek kes tembak berkenaan masih berada di negara ini.

"Kita masih menjejaki suspek. Pasti ada orang kenal dia. Jika anda ada maklumat bantulah kita salurkannya kepada balai -balai polis berhampiran," katanya.

Beliau berkata polis percaya dapat menyelesaikan tersebut dalam masa terdekat. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan