Sistem Kurangkan Jenayah Kecurian Telefon Bimbit Diperkenal Sebelum Akhir Tahun Ini

Diterbitkan: Jumaat, 2 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Telefon bimbit curi tidak boleh digunakan dalam tempoh tiga jam selepas pemiliknya membuat laporan mengenai kehilangan peranti tersebut.

Malah tindakan menukar kad SIM juga tidak akan mengakifkan telefon bimbit tersebut.

Sistem tersebut yang akan diperkenalkan sebelum akhir tahun ini adalah sebahagian daripada insiatif kerajaan untuk mengurangkan jenayah kecurian telefon bimbit.

Sumber industri telekomunikasi berkata, pengawal selia industri tersebut, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), mengeluarkan arahan kepada syarikat telekomunikasi pada April lalu supaya mematuhi syarat-syarat di bawah inisiatif baru itu.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata sistem tersebut akan mengurangkan jenayah jalanan dan kecurian telefon bimbit memandangkan telefon pintar yang dicuri boleh dijual separuh daripada harga asal di pasaran gelap.

"Ya, kami sedang berusaha. Banyak negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan Britain sudah melaksanakan sistem ini. Kami mendapat sokongan pengguna," katanya.

Beliau berkata SKMM sedang menyelesaikan beberapa isu teknikal dengan pengendali rangkaian sebelum perkhidmatan itu dilancarkan.

Menurut, Mohamed Sharil syarikat telekomunikasi tidak akan mengenakan caj kepada pelanggan-pelanggan mereka untuk perkhidmatan baharu itu.

Pengendali tersebut diminta supaya memasang sebuah Equipment Identity Register (EIR) supaya 15 digit kod International Mobile Station Equipment Identity yang unik kepada setiap telefon pintar boleh disenaraihitam sekiranya ia dilaporkan telah dicuri.

Setiap EIR akan dihubungkan kepada Malaysian Central Equipment Identity Register (MCEIR) di mana kod IMEI telefon yang dicuri itu akan dihantar.

Sumber berkata kesemua kod IMEI yang disenaraihitamkan kemudiannya akan disimpan di dalam EIR supaya telefon tersebut tidak boleh digunakan oleh mana-mana rangkaian dan menghalang sebarang cubaan mengaktifkan peranti itu dengan kad SIM baru.

Sebaik saja disekat, telefon itu tidak boleh diaktifkan semula.

"Ini akan membantu mengurangkan jenayah kecurian telefon bimbit dan pada masa sama membantu polis mengenal pasti pencuri atau sesiapa saja yang cuba mengaktifkan semula peranti itu," kata sumber.

Syarikat telekomunikasi diberi tempoh selama tiga bulan untuk mematuhi arahan SKMM dan tarikh akhir itu tamat pada Khamis.

Menurut sumber, Malaysia akan menjadi negara pertama di rantau ini yang memperkenalkan sistem sekatan ini.

MCEIR akan dikendalikan oleh SKMM yang menyerahkan pengurusan sistem kepada Nuemera Malaysia Sdn Bhd.

Perjanjian itu ditandatangani kira-kira dua bulan lalu.

"Nuemera akan mengendalikan MCEIR sepanjang masa. Ia akan bertanggungjawab memantau dan menjana kod IMEI yang disenaraihitam. Maklumat tersebut akan dihantar kepada semua syarikat telekomunikasi dalam tempoh 180 minit telefon itu dilaporkan hilang atau dicuri," kata sumber.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan