Pelatih Anjing Direman Hingga Jumaat

Diterbitkan: Jumaat, 2 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Wanita yang mencetuskan kontroversi menerusi video sambutan Aidilfitri bersama tiga anjing peliharaannya direman selama dua hari sehingga Jumaat.

Maznah Mohd Yusof, 38, direman di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, Johor setelah diambil keterangan di Bukit Aman pada Rabu.

Polis menahan Maznah selepas didakwa membuat video kontroversi menyambut Hari Raya bersama tiga ekor anjing dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Maznah dipercayai individu yang memuat naik video itu tiga tahun lepas di YouTube.

Rakaman video selama 1 minit 44 saat itu, memaparkan seorang individu membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan menggunakan suara latar Takbir Raya.

Video itu turut menunjukkan individu itu yang memakai Baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu).

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan