Lokman Tawar Diri Tanding Naib Ketua Pemuda Umno

Diterbitkan: Jumaat, 2 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lokman Noor Adam
Lokman Noor Adam

PETALING JAYA: Exco Pemuda Umno, Lokman Noor Adam pada Jumaat mengesahkan akan bertanding merebut jawatan Naib Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan sayap pergerakan itu pada 28 September depan.

Menurut Lokman, keputusan tersebut dibuat berikutan penyandang kerusi nombor dua itu, Datuk Razali Ibrahim tidak akan mempertahankan jawatan tersebut atas faktor usia.

"Itu antara sebab saya memutuskan untuk bertanding pada kali ini. Saya sudah bersedia mengalas tanggungjawab itu dan akan menghantar borang pencalonan pada 7 September depan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Selain itu, Lokman yakin pengalaman sebagai ketua pemuda di peringkat cawangan sejak 22 tahun lalu akan membantunya mengukuhkan jentera parti.

"Pengalaman itu juga memberi kelebihan kepada saya untuk membantu Barisan Nasional (BN) khususnya dalam merangka strategi menghadapi ancaman pembangkang," katanya.

Menurut Lokman, beliau turut menerima sokongan yang menggalakkan di peringkat akar umbi untuk bertanding di kedudukan tersebut.

"Selepas terlibat mengendalikan ratusan program dan turun ke peringkat akar umbi, saya dapati sokongan begitu menggalakkan.

"Saya rasa lebih dikenali di kalangan ahli peringkat bahagian. Itu antara kelebihan saya berbanding calon lain yang akan bertanding nanti," katanya yang pernah memegang jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau juga merupakan ketua Unit Pidato Pemuda BN dan menjadi panel Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

Sebelum ini, lima lagi exco turut disebut-sebut bakal menawarkan diri bertanding jawatan berkenaan.

Selain Lokman, mereka ialah Ketua Pemuda Umno Perak, Khairul Azwan Haron; Ketua Pemuda Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin; Ketua Pemuda Lenggong, Mohd Iruan Zulkefli; Ketua Pemuda Tenom, Jamawi Jaafar dan Naib Ketua Pemuda Titiwangsa, Nazir Husin.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan