Isu Saman AES Dibincang Selepas Raya - Hishammuddin

Diterbitkan: Jumaat, 2 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Isu saman dikeluarkan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dibincangkan selepas raya ini, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau memberi jaminan keputusan yang akan dibuat kelak adalah adil kepada semua pihak.

"Isu ini perlu diselesaikan kerana kementerian menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai AES kerana ia dilakukan oleh "pihak ketiga" dalam pengeluaran saman dan pungutan wang saman," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya peringkat kebangsaan sempena musim perayaan Aidilfitri 2013 di hadapan bangunan Perbadanan Putrajaya di sini Jumaat.

Beliau berkata operasi perangkap kelajuan melalui AES masih terus dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis kecuali wujudnya pindaan undang-undang terhadap tindakan penguatkuasaan tersebut.

Mengenai kempen itu, Hishammuddin berkata kempen itu yang diadakan dengan kerjasama pelbagai kementerian berjaya mengurangkan kadar kemalangan jalan raya pada tahun lepas dan awal tahun ini menerusi pendidikan, penguatkuasaan dan pelbagai pendekatan lain.

Katanya pada tahun ini kempen dijalankan dengan kerjasama antara lain Kementerian Pertahanan, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Wilayah Persekutuan.

"Sambutan dari semua kementerian sangat menggalakkan dalam memastikan kempen keselamatan jalan raya berjalan dengan jayanya," katanya.

Pada 12 Februari lepas, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rasid berkata statistik kemalangan telah menurun sepanjang kempen Op Selamat II sempena Tahun Baharu Cina.

Hishammuddin juga mahu JPJ melakukan pemeriksaan terhadap semua pemandu bas dan keadaan bas pada musim perayaan ini bagi memastikan keselamatan penumpang bas dan semua pengguna jalan raya terjamin.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr J. Loga Bala Mohan, Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail dan Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Datuk Dr Tam Weng Wah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan