CEO Baru Maybank Akan Diumumkan Bulan Ini - Zeti

Diterbitkan: Jumaat, 2 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baru Malayan Banking Bhd (Maybank) bagi menggantikan Datuk Seri Abdul Wahid Omar, akan diumumkan bulan ini, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Abdul Aziz.

"Proses kelulusan dan penelitian akan dilakukan memandangkan kami mahu memastikan CEO, terutama membabitkan sebuah bank yang besar ini, lulus.

"Ejen-ejen sedang melakukannya dan kini semakin hampir selesai supaya namanya diumumkan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas pengenalan jenama ikon baharu Pasaran Kewangan Islam Malaysia, di sini Khamis oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Zeti berkata, calon sudah dikenal pasti dan CEO baru kumpulan perbankan terbesar di Malaysia itu akan diumumkan bulan ini.

Sementara itu, Zeti berkata, kerajaan dan BNM sedang menangani kebimbangan yang ditimbulkan oleh Fitch Ratings terhadap tabungan awam dan struktur belanjawan.

"Kami akan meningkatkan daya tahan dan memperkukuh potensi yang ada bagi mengekalkan pertumbuhan," katanya.

Agensi penarafan itu juga menyemak unjuran penarafan kredit negara Malaysia daripada 'stabil' kepada 'negatif' dan pada masa yang sama mengesahkan mata wang asing dan mata wang tempatan jangka panjang Malaysia masing-masing pada 'A-' dan ‘A’.

Mengenai pengumuman Perdana Menteri bahawa kerajaan akan mengumumkan butiran mengenai opsyen dalam mengukuhkan kedudukan fiskal dan makro negara dalam belanjawan akan datang, Zeti berkata Malaysia masih mempunyai masa untuk berbuat demikian, namun kini menjadi semakin penting memandangkan persekitaran global semakin mencabar.

"Kita perlu mengurangkan pendedahan dan antaranya ialah bidang fiskal. Malaysia mempunyai kapasiti dan keupayaan untuk menanganinya secara berperingkat-peringkat dan mengikut turutan," katanya.

Zeti berkata, pemulihan yang dijangkakan daripada ekonomi maju tidak mengukuh, dan untuk masa depan ia terus kekal menyederhana. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan