Subramaniam Nafi Pendedahan Sanjeevan Sengaja Dilambatkan

Diterbitkan: Khamis, 1 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam pada Khamis menafikan perbuatan sengaja melambat-lambatkan atau cuba melambat-lambatkan pembedahan bagi mengeluarkan peluru di tubuh R. Sri Sanjeevan, pengerusi badan pemantau jenayah, MyWatch, yang ditembak, Sabtu lepas.

Beliau berkata, ketika ini peluru itu tidak memberi sebarang masalah dan perkara yang lebih penting untuk dilakukan sekarang ialah menstabilkan keadaan Sanjeevan.

"Pembedahan tidak dilakukan kerana masalah akut yang dihadapinya sekarang bukan diakibat peluru itu, tetapi kerana keadaan tubuhnya yang boleh mengancam nyawanya," kata beliau kepada pemberita selepas mengumumkan pencapaian terkini Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKEA) mengenai penjagaan kesihatan di sini.

Dr Subramaniam berkata, keputusan itu semata-mata berdasarkan prosedur perubatan dan sebaik sahaja keadaan Sanjeevan bertambah baik, doktor akan melakukan pembedahan.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, mangsa yang berusia 29 tahun cedera parah akibat dtembak dua lelaki bermotosikal ketika memandu kereta jenis BMW di satu lampu isyarat berhampiran Taman Cempaka, dekat Bahau, Negeri Sembilan.

Mangsa kini dirawat di Hospital Serdang selepas dipindahkan daripada Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan