PPPM Tetap Dilaksana Walau Ditentang Dong Zong - TPM

Diterbitkan: Khamis, 1 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Kerajaan akan tetap melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) pada September ini walaupun mendapat tentangan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak ada sebab badan itu harus menentang langkah kerajaan untuk transformasikan sistem pendidikan negara menerusi PPPM kerana ia langsung tidak menggugat kedudukan bahasa Cina dalam pendidikan negara.

"Dong Zong baru-baru ini buat konvensyen bantah pelaksanaan PPPM kerana katanya pelan ini nak hapus bahasa Cina. Saya cabar mereka untuk baca setiap inci ayat dalam PPPM, jika ada perkataan kita nak hapuskan bahasa Cina, biar saya jawab, tidak ada.

"Tetapi entah macam mana agaknya ia menghantui mereka kononnya pelan ini suatu hari nanti akan menghapuskan bahasa Cina hanya kerana kerajaan mahu tingkat prestasi bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan.

"Kerajaan hendak tingkatkan mutu pelajaran di sekolah kebangsaan kerana memang sekolah kebangsaan bahasa pengantarnya Bahasa Melayu, jadi salah ke tindakan kerajaan itu," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan.

Beliau berkata demkian ketika berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan zakat kepada golongan asnaf di Surau Saadiah, Batu Satu Bakri di sini, Rabu.

Majlis turut dihadiri isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Pengarah Urusan Uda Holding Ahmad Abu Bakar.

Muhyiddin berkata pelan itu juga tidak mempunyai niat terselindung terhadap pengajaran bahasa lain dalam sistem pendidikan negara walaupun ada yang menganggapnya demikian.

Sehubungan itu, katanya sebagai kerajaan bertanggungjawab terhadap usaha membela perjuangan bahasa Melayu, pelan tersebut akan tetap dilaksanakan tanpa rasa terganggu, tergugat dan takut sedikitpun.

Kerajaan mahu semua kaum tidak kira Melayu, Cina, India, Orang Asli dan kaum pribumi Sabah dan Sarawak masuk ke sekolah kebangsaan demi perpaduan kaum selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama di negara ini, tegasnya.

Timbalan Perdana Menteri berkata jika Malaysia tidak memberikan tumpuan kepada bidang ilmu, negara akan terus mundur dan tidak mampu bersaing dengan negara-negara maju yang lain di dunia.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menerima zakat perniagaan bernilai RM150,000 untuk golongan asnaf daripada Uda Holdings Berhad yang disampaikan oleh Ahmad.

Uda Holdings Berhad turut menyampaikan sumbangan kepada Surau Saadiah di sini. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan