Penyelidik UPM Cipta Kit Kesan Penyakit Kencing Tikus Lebih Awal

Diterbitkan: Khamis, 1 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr Abdul Rani (kiri) dan Dr Arivudainambi menunjukkan kit pengesan bakteria penyakit kencing tikus yang mula dicipta pada tahun 2007.
Dr Abdul Rani (kiri) dan Dr Arivudainambi menunjukkan kit pengesan bakteria penyakit kencing tikus yang mula dicipta pada tahun 2007.

SERDANG: Hasil penyelidikan dan inovasi penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), penyakit kencing tikus kini mampu dikesan dan dicegah lebih awal.

Pensyarah dan penyelidik UPM, Profesor Datuk Dr Abdul Rani Bahaman berkata kit pengesan yang dinamakan Leptoscan2 telah dicipta bagi bertindak mengesan protein dalam darah pesakit yang mempunyai bakteria dikenali sebagai Leptospirosis.

"Kit ini ringkas dan mampu membantu mengesan bakteria atau protein dalam darah mereka yang terkena penyakit kencing tikus.

"Dengan kit ini bakteria Leptospirosis dalam badan mereka yang terkena jangkitan dapat dikesan lebih awal iaitu seawal satu hingga tujuh hari," katanya pada sidang media Hasil Penyelidikan UPM, di Fakulti Perubatan dan Veterinar UPM, di sini, Khamis.

Dr Abdul Rani berkata tujuh hari pertama jangkitan merupakan fasa kritikal di mana pesakit boleh meninggal dunia jika tidak mendapat rawatan sewajarnya.

Katanya, dengan membuat pengesanan melalui Leptoscan2, hasilnya dapat diketahui hanya dalam tempoh 15 minit dan keputusannya boleh dipercayai kecuali atas faktor-faktor tertentu.

“Jika ujian menunjukkan positif bakteria, rawatan intensif dapat diberikan segera kerana selepas tujuh hari alat pengesan akan menunjukkan hasil yang negatif.

“Pada waktu itu juga bakteria sudah merebak ke seluruh badan dan organ-organ dalaman dan boleh membawa maut,” katanya.

Dr Abdul Rani yang juga Ketua Pusat Pemuliharaan dan Kajian Hidupan Liar, Fakulti Perubatan Veterinar UPM berkata alat ini dibangunkan bersama seorang lagi penyelidik iaitu Dr Arivudainambi Seenichamy dari fakulti yang sama.

Beliau berkata, Leptoscan2 merupakan produk pengesan penyakit kencing tikus pertama di dunia kerana produk komersil sedia ada lain menggunakan kaedah dan pendekatan berbeza.

“Terdapat beberapa kaedah dan teknologi semasa digunakan untuk merawat penyakit ini seperti ujian ‘serological’ yang mengesan antibodi Leptospirosis, bukan mengesan protein yang mana antibodi dihasilkan selepas tujuh hari jangkitan,” katanya.

“Kaedah ‘PCR’ pula memerlukan peralatan sofistikated dan mereka yang benar-benar terlatih,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Abdul Rani berkata Leptoscan2 dicipta ringkas, boleh digunakan sesiapa sahaja dengan mudah tanpa mengira tempat.

Bagaimanapun beliau menyasarkan dua golongan pengguna iaitu golongan profesional seperti peladang, ahli veterinar dan tentera serta kumpulan yang terlibat dengan aktiviti rekreasi seperti memancing, mendaki dan berenang.

“Ujian boleh dilakukan di rumah, di hospital, klinik atau di luar rumah.

“Hanya titiskan darah pada bahagian kit dan jika hasilnya positif satu garis akan terbentuk pada permukaannya,” katanya.

Dr Abdul Rani berkata alat ini sudah pun dipatenkan dan bersedia untuk dikomersilkan.

“Terdapat beberapa syarikat yang berminat dengan alat ini tetapi kita masih berunding dan akan memastikan mendapat tawaran terbaik daripada syarikat-syarikat ini.

“Walaupun harga belum ditetapkan, ia dijamin berpatutan dan mampu dibeli,” jelasnya.

Leptoscan2 adalah projek penyelidikan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) yang bermula pada tahun 2007 hingga 2010.

Untuk kajian dan penyelidikan, projek ini menelan kos kira-kira RM170,000.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan