Pemeriksaan Kesihatan Pemandu Bas Jadi SOP

Diterbitkan: Khamis, 1 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mulai hari ini, semua pemandu bas perlu menjalani pemeriksaan kesihatan secara bulanan di semua terminal bas di seluruh negara dalam usaha menjamin keselamatan penumpang bas terutama di musim perayaan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata Prosedur Operasi Standard (SOP) itu antara lain memeriksa tahap kesihatan pemandu secara rawak sebelum dibenarkan memandu.

"Sebelum ini, kita hanya melakukan pemeriksaan air kencing tetapi bermula hari ini, sempena Hari Raya, kami menjalankan pemeriksaan kesihatan untuk memastikan pemandu bas benar-benar dalam keadaan sihat untuk memandu bagi perjalanan jauh.

"Sekiranya mendapati pemandu bas ketika itu tidak sihat kami tidak akan membenarkan pemandu bas itu meneruskan perjalanan dan akan minta pihak syarikat bas terbabit menggantikan pemandu bas lain," katanya kepada pemberita selepas melawat terminal Pudu Sentral di sini, Khamis.

Pemeriksaan kesihatan itu akan dilakukan secara bersepadu dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Abdul Aziz berkata pemeriksaan kesihatan itu boleh mengatasi masalah kemalangan jalan raya membabitkan bas memandangkan faktor kemalangan itu disebabkan oleh kecuaian pemandu sendiri. Justeru, syarikat bas perlu memastikan pemandu bas sentiasa mencukupi dan mempunyai pemandu tambahan yang boleh menggantikan pemandu yang tidak sihat.

Dalam pada itu, beliau berkata setakat ini tiket bas untuk pulang menyambut Aidilfitri ke utara masih boleh didapati berikutan syarikat-syarikat bas menambah 437 bas.

"Sehingga hari ini, sebanyak 4,431 bas disediakan untuk penumpang pulang ke kampung sempena Hari Raya," katanya.

Sehingga 30 Julai, sebanyak 668 buah bas ekspress telah diperiksa pegawai penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di 82 buah depot syarikat bas.

Beliau juga berkata 6, 7, 17, dan 18 Ogos merupakan tarikh larangan pemanduan kenderaan barangan di jalan raya untuk memberi ruang kepada pengguna kenderaan persendirian pulang ke destinasi masing-masing tanpa melalui kesesakan lalu lintas. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan