Pembunuhan Hussain Ahmad Najadi Dirancang - Anak

Diterbitkan: Khamis, 1 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysia, Hussain Ahmad Najadi bukan disebabkan kegagalan urusan hartanah, tetapi telah dirancang lebih awal, demikian dakwa anaknya.

Pascal Najadi menafikan sebarang penglibatan bapanya dalam urusan hartanah sebelum kematiannya setelah jawatankuasa Tokong Kuan Yin memberitahunya bahawa bapanya merupakan perunding antara dua pihak di hari beliau ditembak.

Beliau berkata, bapanya menjadi orang tengah untuk tokong berkenaan dan sekumpulan orang yang beliau katakan 'seseorang' yang meminta wang dari dana amanah tokong itu.

"Bapa saya merupakan perunding antara dua pihak. Tidak ada perjanjian hartanah yang gagal dalam pembunuhan bapa saya kerana syarikat kami tidak terlibat dalam urusan itu," katanya kepada Bernama melalui telefon dari Moscow, Rusia.

Isnin lalu, Hussain Ahmad, 75, terbunuh sementara isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir selepas meninggalkan tokong tersebut yang terletak di Lorong Ceylon di sini.

Pada Rabu, polis mengeluarkan gambar yang disyaki sebagai suspek yang dikenali sebagai Sci Ngan Zai atau Ah Chian dan menahan seorang pemandu teksi berumur 44 tahun yang membawa suspek meninggalkan tempat kejadian.

Pascal, 45, yang memegang kerakyatan Swiss dan British berkata semasa rundingan pada Isnin itu, bapa beliau bertegas tidak membenarkan sebarang pihak mengambil dana amanah tokong itu kerana ia merupakan wang tokong berkenaan.

Jurubank itu berkata, jawatankuasa tokong telah memberitahunya bahawa suspek yang menembak bapanya sedang menunggu bapanya sebelum perjumpaan berlangsung.

Bapanya berminat untuk melindungi tokong itu sejak 2008 sementara Chong merupakan salah seorang anggota jawatankuasa itu.

Bimbang bahawa polis belum lagi menahan pembunuh bapanya, Pascal berkata: "Saya tidak akan datang ke Malaysia sehingga suspek yang membunuh bapa saya ditangkap." - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan