Kerajaan Kaji Tangguh Hantar Pelajar Baharu Ke Mesir

Diterbitkan: Khamis, 1 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengkaji keperluan menangguhkan penghantaran pelajar-pelajar baharu Malaysia ke Mesir berikutan pergolakan di negara Timur Tengah itu, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata penilaian ini akan dibuat terutama kepada pelajar yang mendapat tajaan biasiswa kerajaan.

"Sehubungan itu, kementerian menasihatkan agensi-agensi lain supaya mengambil langkah sama sehingga keadaan (di Mesir) kembali kepada sediakala," katanya kepada media selepas majlis berbuka puasa di Kementerian Luar di sini, Rabu.

Anifah berkata perkara itu telah dibincangkan Kabinet untuk tindakan selanjutnya.

Kini, terdapat 3,385 pelajar Malaysia yang masih berada di Mesir.

Mengenai hubungan Malaysia dengan kerajaan sementara Mesir, Anifah berkata kerajaan tidak akan masuk campur urusan dalaman negara itu.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah menyatakan pendirian supaya rakyat Mesir diberi peluang untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri tanpa campur tangan kuasa luar," katanya.

Ditanya sama ada isu fahaman syiah di negara ini akan menjejas hubungan dua hala dengan kerajaan Iran, beliau berkata hubungan kedua-dua kerajaan pada masa ini masih erat. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan