BN Masih Relevan Dan Wajar - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 1 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) masih relevan dan wajar namun pada masa sama menarik perhatian parti-parti komponennya supaya perlu menyelesaikan segala masalah dalaman dengan segera dan berkesan.

Beliau berkata, masalah dalaman seperti soal kepimpinan, organisasi, keberkesanan program dan usaha menarik minat masyarakat menjadi ahli parti perlu diberi perhatian segera.

"Saya menghadiri makmal politik sejak beberapa bulan lalu dan mereka berpendapat BN masih wajar dan relevan, cuma isu dan permasalahan dalam setiap parti komponen mesti ditangani dengan seberapa segera dan berkesan.

"Kita yakin dalam tempoh lima tahun akan datang, jika kita mengambil usaha bersungguh-sungguh dalam isu tertentu yang memerlukan perhatian dan tindakan baik kerajaan negeri mahupun pusat, saya yakin sokongan rakyat kepada BN akan meningkat pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis berbuka puasa kerajaan negeri dan Umno Johor di Pusat Konvensyen Persada, di sini Khamis.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.

Muhyiddin berkata, selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas, harapan rakyat terhadap kerajaan amat tinggi dan rakyat mahu melihat apakah pembaharuan yang dibawa oleh kepimpinan BN, baik di peringkat persekutuan mahupun negeri yang dipimpin oleh parti itu.

"Mereka mahu melihat apakah inisiatif baharu yang dijalankan oleh kerajaan selain program sedia ada yang menyentuh tentang kepentingan mansyarakat pelbagai kaum.

"Mereka mahu melihat apakah usaha yang telah dilakukan untuk mewujudkan kerjasama dan perpaduan antara kaum akan dapat terus dijalin dan ini menjadi antara cabaran yang besar yang dihadapi oleh kerajaan BN pada masa kini bukan sahaja di Johor tetapi di seluruh negara," katanya.

Katanya, isu perkauman dengan polarisasi kaum yang mencetuskan perasaan tidak puas hati dan kebimbangan di kalangan masyarakat menjadi cabaran utama yang harus dipikul oleh kerajaan untuk diatasi bagi memulihkan semula persefahaman dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Dalam masa yang sama beliau turut melahirkan keyakinan Johor akan terus kekal sebagai benteng kuat Umno dan BN biarpun dalam pilihan raya umum lepas beberapa kawasan yang disifatkan sebagai kubu kuat BN tAelah dibolosi pembangkang.

"Oleh sebab itu untuk menentukan Johor kekal menjadi negeri biru maka gandingan yang mantap dari segi kepimpinan baik politik dan kerajaan itu adalah satu perkara utama," katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Mohamed Khaled atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor yang baru menggantikan Datuk Abd Ghani Othman.

Katanya, kerajaan pusat dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan dibantu oleh beliau sebagai timbalan bersedia memberikan apa jua sokongan diperlukan untuk memastikan Johor kekal sebagai kubu kuat BN. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan