Segera Banteras Jenayah Serius - PM

Diterbitkan: Rabu, 31 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan segera perlu diambil oleh pihak berkuasa dalam memerangi jenayah serius bagi mengembalikan ketenteraman dan keyakinan orang awam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata terserah kepada polis untuk meminta kerajaan apa yang mereka perlukan dan kerajaan akan memberikan mereka apa yang dikehendaki untuk meningkatkan keberkesanan pasukan itu dalam memerangi jenayah serius.

"Kita tidak boleh biarkan keadaan dengan jenayah serius ini berterusan. Tindakan segera perlu diambil oleh pihak berkuasa untuk mengembalikan ketenteraman dan keyakinan orang awam," katanya dalam status Facebooknya pada Rabu.

Dalam reaksi segera, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengakui aset canggih seperti yang dimiliki negara membangun lain amat diperlukan dalam usahanya membanteras segala bentuk jenayah.

Penolong Ketua Urusetia (Komunikasi Korporat) Ketua Polis Negara, ACP Ramli Mohamed Yusoof berkata selain itu pertambahan anggota juga perlu diberi perhatian memandangkan tugas membendung jenayah banyak bergantung kepada kekuatan fizikal sesebuah pasukan keselamatan.

"Saya yakin sekiranya dua perkara ini (aset moden dan pertambahan anggota) diberi perhatian oleh kerajaan, tugas mencegah dan membanteras jenayah dapat dilakukan dengan lebih baik dan indeks jenayah, terutama jenayah berat dapat dikurangkan," katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri dalam laman Facebook itu.

Ramli berkata PDRM memerlukan aset moden seperti yang dimiliki negara membangun Eropah kerana dengan adanya peralatan itu, tindakan pantas dapat dilakukan sekaligus mengekang masalah jenayah yang dilihat semakin berleluasa ketika ini terutama membabitkan pembunuhan menggunakan senjata api.

"Pada masa ini, kita tak boleh terkebelakang dan hanya mengikut kaedah konvensional dalam memerangi jenayah. Bagaimana jika penjenayah mempunyai aset canggih seperti senjata api sedangkan kita (polis) tidak memiliki semua itu atau secanggih mereka?" katanya.

Beliau juga menambah kata, kekuatan seseorang anggota juga perlulah seiring dengan kemahiran yang mantap dalam menghadapi sebarang situasi atau ancaman jenayah.

"Prestasi harus dibantu dengan kecekapan dan kemahiran anggota. Aset moden sebagai bonus. Kedua-duanya perlu seiring agar jenayah dapat dibanteras habis-habisan," katanya.

Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim pula berpendapat pihak berkuasa perlu mempertingkatkan bekalan logistik seperti dari segi persenjataan dan kelengkapan untuk mempertingkatkan kualiti penguatkuasaan bagi mengelakkan berlakunya jenayah yang dilihat semakin serius.

"Risikan pihak polis juga perlu ditingkatkan...setakat ini polis telah melakukan kerja dengan baik namun ia perlu dipertingkatkan lagi bagi mengenal pasti cubaan melakukan jenayah," katanya.

Beliau berkata pemberian elaun kepada anggota polis yang bertugas lebih masa perlu dikaji semula bagi menghargai usaha mereka untuk menjaga keselamatan di negara ini.

Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial, Pencegahan Jenayah dan AntiDadah (Pencegah) R.Jeevan berkata kehilangan keyakinan masyarakat terhadap pihak polis dalam menyalurkan maklumat dilihat turut menjadi punca kes jenayah hari ini semakin berleluasa.

"Ramai yang fikir sekiranya mereka menyalurkan maklumat, maklumat itu akan bocor kerana dikatakan terdapat sesetengah daripada golongan polis yang mempunyai hubungan seperti hubungan persahabatan dengan penjenayah," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan