Jenazah Hussain Najadi Selamat Dikebumi

Diterbitkan: Rabu, 31 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jenazah pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi yang ditembak mati di Lorong Ceylon di sini semalam, selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Selasa malam.

Jenazah Hussain disemadi pada 10 malam setelah disembahyangkan di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta selepas solat Isyak.

Balu Allahyarham, Chong Mei Kuen serta kira-kira 30 anggota keluarga dan rakan beliau hadir memberi penghormatan terakhir.

Turut hadir bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin.

Dalam kejadian semalam, Hussain, 75, ditembak mati manakala Chong, 49, cedera ditembak dari jarak dekat di tempat letak kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon.

Hussain terkena dua das tembakan di bahagian dada dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya cedera di pergelangan tangan kiri serta paha kanan.

Sementara itu, bekas isteri pertama Allahyarham, Heidi Najadi, 72, yang menetap di Malaysia sejak tiga tahun lepas, meminta polis menyiasat insiden berkenaan dengan terperinci.

"Beliau tidak mempunyai musuh... beliau seorang insan yang baik," katanya kepada pemberita selepas pengebumian itu.

Anak lelaki Hussain, Pascal Najadi, 46, pula berkata bapanya adalah seorang yang berhati mulia.

"Beliau adalah kawan karib saya dan seorang sahabat yang baik dengan semua orang yang bernasib baik mengenalinya," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan