Filem 'The New Village' Perlu Ditentang Tayangannya - Mukhriz

Diterbitkan: Rabu, 31 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sependapat dengan pelbagai pihak bahawa filem 'The New Village' tidak wajar ditayangkan jika ia mengagung-agungkan Parti Komunis Malaya (PKM).

Filem itu perlu disekat dan ditentang, sebaliknya filem seperti Tanda Putera, yang merupakan sejarah sebenar, patut dipertontonkan, katanya.

"Filem ini (Tanda Putera) perlu dihayati, khususnya dalam kalangan golongan muda, sebagai menghargai jasa dan pengorbanan anggota keselamatan yang berjuang mempertahankan tanah air," katanya semasa berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri di Kem Lapangan Terbang, dekat sini, malam Selasa.

Mengenai sambutan Hari Pahlawan hari ini, Mukhriz berharap agar rakyat mengenang dan menghargai pengorbanan serta khidmat bakti anggota keselamatan yang berperanan sebagai benteng pertahanan, menjaga keamanan serta kedaulatan tanah air.

"Peristiwa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, menyedarkan kita bahawa keamanan yang dikecapi sejak sekian lama tidak boleh dipandang enteng, diambil mudah. Mujur kita mempunyai pasukan keselamatan yang cekap, bersemangat waja, sentiasa bersedia untuk berdepan dengan musuh tanpa rasa gentar dan sanggup berjuang hingga ke titisan darah terakhir," katanya.

Beliau berkata walaupun ada suara-suara sumbang yang memperlekeh perjuangan anggota keselamatan di Lahad Datu, baginya itu hanya suara golongan yang tidak tahu bersyukur dan tidak pandai berterima kasih.

"Rakyat amat terhutang budi dan menyanjungi jasa dan pengorbanan anggota tentera dan bagi pihak kerajaan negeri, saya mengucapkan terima kasih atas khidmat wira-wira kita," katanya.

Mukhriz berkata kemerdekaan negara, walaupun dikatakan dicapai tanpa pertumpahan darah, namun liku-liku perjuangan ke arah kebebasan dan mempertahankan kemerdekaan, menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.

"Ketika rakyat tidur lena, anggota keselamatan bersengkang mata mempertaruhkan nyawa, tidak tahu bila bom akan meledak atau bila peluru akan menembusi dada, malamat mereka hanya untuk mempertahankan tanah air.

"Walaupun negara terhindar daripada peperangan, negara terbukti aman dan tenteram, namun peranan tentera tidak boleh dipandang ringan. Komitmen mereka perlu bukan sahaja untuk mengawasi sempadan negara atau menentang musuh dalam peperangan bahkan dalam menentukan negara selamat daripada anasir-anasir yang mengancam ketenteraman rakyat dan kestabilan negara," katanya.

Seramai 33 anak-anak yatim dan 37 balu, anggota hilang upaya dan warga emas bekas tentera adalah penerima sumbangan Aidilfitri itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan