DAP Tolak Pemilihan Baharu

Diterbitkan: Rabu, 31 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: DAP menolak keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang meminta supaya parti itu mengadakan pemilihan baharu.

Sehubungan itu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuntut penjelasan ROS berhubung pertikaian yang ditimbulkan terhadap pemilihan parti itu Disember tahun lalu.

"ROS perlu nyatakan peruntukan undang-undang mana yang digunapakai bagi meminta DAP mengadakan pemilihan baru," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu di sini, Rabu malam.

Pemilihan CEC DAP pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi di dalam pemilihan tersebut.

Keputusan pemilihan itu yang diadakan pada 15 Disember tahun lalu juga menyaksikan tiada seorang pun calon Melayu terpilih, tetapi selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan mengisytiharkan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari sebagai ahli CEC.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan