DAP Adakan Mesyuarat Tergempar CEC

Diterbitkan: Rabu, 31 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: DAP akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) tergempar pada Rabu malam khusus bagi membincangkan tindakan susulan berikutan pengumuman Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa parti itu perlu menjalankan pemilihan baharu.

Sambil menyeru agar semua ahli dan penyokong parti itu bertenang, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng menegaskan bahawa parti itu belum dimaklumkan secara rasmi sama ada melalui lisan, bertulis atau arahan untuk mengadakan pemilihan baru.

"Memandangkan ini adalah satu tindakan yang jelas mempunyai dendam politik serta satu bentuk penyalahgunaan kuasa, CEC DAP akan menimbangkan segala pilihan yang ada seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pertubuhan selepas menerima arahan bertulis daripada ROS," kata Lim menerusi kenyataan pada Selasa.

ROS sebelum ini menyiasat aduan penipuan dalam pemilihan DAP pada Disember lalu.

Isu itu timbul apabila pengiraan semula yang mendedahkan bahawa Setiausaha Politik, Lim, Zairil Khir Johari yang pada mulanya menerima 305 undi, meraih 803 undi.

Pada Isnin malam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata bahawa DAP perlu mengadakan semula pemilihan parti.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan