Siasatan SPR Dapati Propaganda 40,000 Bangladesh Undi PRU-13 Adalah Pembohongan - Shahidan

Diterbitkan: Selasa, 30 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Siasatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati propaganda 40,000 rakyat Bangladesh mengundi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lepas, merupakan pembohongan oleh beberapa kumpulan berkepentingan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata dakwaan sesetengah pihak menerusi media sosial bahawa rakyat Bangladesh telah datang ke Malaysia dalam tempoh seminggu untuk mengundi dalam PRU13, adalah tidak masuk akal.

"SPR akan meneliti setiap dakwaan dan melakukan penyiasatan bertujuan membaiki kekurangan yang berlaku semasa PRU13. Pihak yang tidak berpuas hati perlu mengemukakan petisyen.

"Tanpa maklumat terperinci dan kukuh, dakwaan dibuat adalah tujuan politik semata-mata," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim pada persidangan Dewan Negara di sini, Selasa.

Mashitah ingin tahu sama ada SPR bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap parti politik atau individu yang membuat tuduhan palsu dan fitnah ke atas badan itu, sebelum dan selepas PRU-13.

Justeru, Shahidan berpendapat bahawa ia terpulang kepada SPR untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana parti politik atau individu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan