Pertubuhan Politik Diminta Ikut Prosedur Perlembagaan - Zahid

Diterbitkan: Selasa, 30 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Semua pertubuhan politik diingat supaya meneliti prosedur mesyuarat agung agar selari dengan perlembagaan pertubuhan masing-masing dan bagi mengelak tindakan diambil di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah ini bagi mengelak kejadian yang berlaku kepada DAP, yang mana ramai anggota parti itu tidak menerima notis pemberitahuan mesyuarat pada satu tempoh yang mencukupi.

"Saya tidak campur tangan langsung dalam siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) terhadap DAP berkaitan isu ramai anggotanya yang tidak dapat mengundi dan tidak mendapat notis untuk mesyuarat agung tahunan parti berkenaan," katanya pada sidang akhbar selepas berbuka puasa bersama anak yatim dari Rumah Bakti Nur Syaheera, Bangi dan warga ROS di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman.

Ahmad Zahid juga berkata setakat ini, sebanyak 174,000 pertubuhan didaftar dengan ROS sehingga Jun lepas, dengan 6,200 bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 2,700 permohonan ditolak kerana maklumat tidak lengkap, ahli kurang daripada tujuh orang, objektif penubuhan pertubuhan yang mampu memudaratkan keselamatan dan keamanan negara, dan sebagainya.

"Buat masa ini, dua parti politik masih di peringkat rayuan dalam permohonan pendaftaran pertubuhan iaitu Parti Kerjasama Rakyat Sabah (Pakar) dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS)," katanya.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, pihaknya masih menyiasat kegagalan DAP memberi notis kepada anggota parti itu yang layak untuk hadir pada Kongres Kebangsaan Parti, 15 Disember tahun lepas.

"Sejumlah 2,576 anggota layak hadir dan mengundi pada pemilihan parti itu, dan daripada jumlah itu, seramai 1,843 atau 71.5 peratus anggota hadir manakala 733 anggota tidak hadir," katanya.

Keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat DAP pada tahun lepas menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh anggotanya sendiri apabila parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan