Najadi Tokoh Kewangan Tersohor Dengan Gaya Hidup Ringkas, Sederhana

Diterbitkan: Selasa, 30 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hussain Ahmad Najadi
Hussain Ahmad Najadi

PETALING JAYA: Hussain Ahmad Najadi pernah tinggal di sebuah banglo mewah di Jalan Ampang, tetapi bertukar angin dan berpindah ke sebuah kondominium yang terletak kira-kira 15 minit berjalan kaki dari pejabatnya di Menara Haw Par.

"Pada usia saya, saya berasa lebih selamat tinggal di sana," katanya kepada The Star dalam satu temu bual pada 2 April untuk mempromosikan autobiografinya, The Sea and The Hills.

Ia telah dikeluarkan pada bulan Mac oleh Xlibris, sebuah agensi yang menerbitkan buku mengikut permintaan.

Menurut beliau, autobiografi tersebut diterbitkan bagi memupuk persefahaman yang lebih baik antara negara-negara di dunia dan tamadun.

"Rakyat Malaysia masih salah faham mengenai dunia Arab, dan apa sahaja yang mereka tahu tentangnya biasanya datang daripada filem Hollywood dan perspektif Barat lain mengenai Timur Tengah," kata lelaki yang sopan dan sangat merendah diri terhadap semua pencapaian beliau.

Najadi sebenarnya hanya berjalan kaki pergi bekerja hampir setiap hari, tetapi jika terpaksa memandu untuk bertemu pelanggan, beliau bergantung kepada kenderaan hibridnya, yang merupakan cara beliau mengurangkan kesan pencemaran ke atas alam sekitar.

Beliau amat gemar membaca, dan sudah menjadi perkara biasa untuk beliau membaca sekurang-kurangnya 20 penerbitan antarabangsa, serantau dan tempatan, termasuk akhbar The Star.

Walaupun mempunyai pembantu peribadi, beliau masih menulis sendiri e-mel, dan tidak teragak-agak untuk mencetak nombor telefon bimbitnya pada kad namanya.

Fasih dalam lima bahasa (Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Parsi, Jerman, Perancis), Najadi merupakan seorang lelaki Arab yang sofistikated dan lain daripada yang lain.

Walaupun sudah lanjut usia, beliau tetap kerap terbang ke Timur Tengah untuk bertemu pelanggan dalam kapasiti beliau sebagai pakar dalam bidang kewangan korporat merentas sempadan.

Bagi kebanyakan kerjayanya dalam bidang kewangan, Najadi telah memudahkan banyak perdagangan antara Asia Tenggara (Malaysia dan Singapura, khususnya) dan di Timur Tengah.

Syarikat Najadi, Arab Investment bagi Asia Kuwait Ltd (AIAK), mempunyai lebih daripada 30 tahun sejarah pelaburan perbankan di Malaysia, Timur Tengah, Eropah dan Asia Pasifik.

Dalam temu bual yang diadakan di pejabatnya yang serba ringkas dan sederhana, Najadi juga mendedahkan buku seterusnya akan bertajuk Decline of the West: The Enemy Within.

"Ia akan bercerita tentang bagaimana Barat jatuh melalui kemerosotan, seperti cara empayar Rome hancur, melalui kepuasan diri mereka sendiri," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan