Lebih 441,000 Wanita Jadi Ahli Lembaga Pengarah Syarikat

Diterbitkan: Selasa, 30 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sehingga 1 Julai lepas, seramai 441,587 wanita menjadi Ahli Lembaga Pengarah di syarikat persendirian manakala 3,687 lagi berada di dalam Lembaga Pengarah syarikat awam, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun.

Beliau berkata statistik itu direkod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang turut merekod 505 wanita daripada jumlah pengarah dalam syarikat awam berkenaan merupakan Lembaga Pengarah syarikat tersenarai awam.

Azizah berkata demikian ketika menggulung perbahasan menjunjung kasih Titah Yang di-Pertuan Agong pada Persidangan Dewan Negara, Isnin.

Beliau berkata sasaran 30 peratus penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat akan dapat dicapai pada penghujung 2016 dengan usaha berterusan kerajaan menerusi pelbagai langkah melibatkan penggemblengan usaha sektor awam dan swasta.

Selain itu, wanita turut diberi peluang menjadi calon dalam pilihan raya umum dan pada pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini, seramai 168 calon wanita bertanding untuk 56 kerusi Parlimen manakala 112 lagi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri.

Ia selaras dengan objektif khusus Pelan Tindakan Pembangunan Wanita yang digubal pada 2009 iaitu sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan wanita di Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Negara, katanya.

Persidangan Dewan Negara bersambung Selasa. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan